Thursday, November 13, 2008

BainunAlumni Bowling

Persatuan Alumni SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh (Bainun Alumni) dengan kerjasama Jawatankuasa Pelaksana Bainun Alumni 97-01 dengan ini menjemput seluruh bekas pelajar SMK Raja Permaisuri Bainun untuk menyertai Kejohanan Boling Tertutup Bainun Alumni yang akan dianjurkan. Kejohanan ini berbentuk amal lagi membantu mengisi tabung dana BainunAlumni yang baru sahaja ditubuhkan. Butir-butir kejohanan adalah seperti berikut:

Tarikh: 13 Disember 2008 (Sabtu)
Masa : 1.30 petang
Tempat : Pin Junction Bowling Centre, 301, Tingkat 3, CINELEISURE DAMANSARA, Jalan PJU 7/3 Mutiara Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor
Bayaran : RM 30/ seorang ( RM 120/4 orang sekumpulan)

Bayaran boleh dibuat melalui akaun CIMB (02080064467529) atau Maybank (162115839565) – Zuhaili Mohamad Ramly atau dibayar pada hari kejohanan.

Borang pendaftaran boleh dimuat turun di laman web http://www.bainunalumni.org atau email kepada sekretariat. Borang yang telah diisi bolehlah di emailkan kepada sekretariat dibawah.

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 28 November 2008.


”Dari Alumni Untuk Alumni”

Pendaftaran & Pertanyaan:
Azim (012-5035031 - azimazmi@streamyx.com)
Zawani (012-3785669 - zawani_halil@yahoo.com)
Zuhaili (012-6159249 - zuhaili@utm.my)