Tuesday, October 28, 2008

Gambar Raya 2008 Nazien and Family

Buat tatapan kawan2 semua, family picture Nazien.


Thanks Nayan, and Selamat Hari Raya...

Thursday, October 23, 2008

Gambar Raya 2008 Suzi and Family

Buat tatapan kawan2 semua, family picture Suzi.

Suzilawati Zainuddin, Mohd Salludin Mohd Salleh, Muhamad Arif Furqan, Aina Najihah dan Nur Auni Aqilah (xde dlm gambo)

Thanks Suzi, and Selamat Hari Raya...

Monday, October 20, 2008

OLD TIME BUDDIES @ TONY ROMA'S ON SAT, 181008

Salam buat semua...

First of all syukur Alhamdulillah jadik gak our small gathering yang hampir2 terkubur perancangannya tempoh hari.. Cadangan asal dari Pn Sri Yusni Ibrahim (muahahahaha..kasik dier terangkat sikit!!), tapi disebabkan hal2 yg tak dapat dielakkan (sebab bondanya dah confirm nak buat open house..lack of communication pye hal lah ni..bukan setakat tak dapat meet up wit her old buddies je, tiket Motor GP yang dah dibeli pun hangus!! Insyallah next time ye Yus..) tugas untuk merealisasikan our gathering ni diserahkan pada Si Comel Uya.

Pada firasat aku, masing-masing menunggu saper yang nak buat the first movement..menyebabkan macam tak dapat sambutan je benda ni sampaikan Uya dah hampir2 merajuk. Apa2 pun, thanks to our friend yang dok jauh nun di Connecticut, Zatil sebab bagi semangat & idea untuk aku calling2 member yang ada kat sekitar KL. Disebabkan henpon aku hilang the other day, info kat our blog je la yang menjadi penyambung nyawa aku time tu.. Alhamdulillah, aku dapat contact few peoples tapi depa tak boleh join & at the end, Heizel Azma agreed to join & betul2 buat myself very happy.. Kami yang dapat menghadirkan diri hari tu memahami masalah2 orang yang dah berkeluarga ni..Terima kasih banyak juga pada En Harris kiter yang contact all the boyz (layak lagi ke deme ni dipanggil sebegini..?)

Nak dijadikan cerita, time we all sibuk deciding the venue, aku call Iza & again, aku dah separuh pengsan sebab been told by her that dia & a friend dari Penang dah confirmed with Adleen to meet up..Gabra jugak time tu sebab dah confirmed with others..cuma belum decide the venue je. Then Iza suggested that we combine & I thought that was a good idea too. Kalau idak berterabur lak impian nak meet up kengkawan lama. Alhamdulillah, the rest pun tak kisah & ikut je.

Time my son & I sampai (Fahmi, Iza & Awie mesti terkezut giler nengok size aku yang grand..BTW Adleen mesti rasa lega sebab dah boleh melindungi kebesaran dier..hahahaha..), Fahmi, Awie, Adleen, Iza & Fera (sahabat Iza & Adleen masa kat USM) dah ada.. Sambil berborak & ngutuk sesamer sendiri, Iza ordered onion goreng (dasat la deme ni..dulu nenek aku buat cekodok bawang je..) Not long after that, Din & his wife came in with their niece (their daughter dah kene kidnap ngan atuknye...), pastu Aza (Malisa tak join sebab anak deme ni kater Si Aza pukul 8:30 dah kene shut down) & Zul arrived..then came the choir team conductor, Heizel (selain Iza, pompuan ni memang tak membesar secara horizontal..makin kecik rasanye..or maybe sebab aku dah makin membesor gamaknye, sebab tu la rasa deme ni makin mengecik..hahahaha) & diikuti with Harris & his family.

Memang rancak ler bersembang, gelak plak macam just kitorang jer kat dalam restaurant tu..maklumla, dah lama betul tak bersua muka..ape2 pun, gathering hari tu memang happening!! Terima kasih yang tak terhingga buat semua yang hadir (termasuk the family members..thanks to my hubby gak sebab mengizinkan aku join the group..) Fahmi is the first person left. Harris & his family left around 10pm & the rest bersurai dalam pukul 11pm.

Uya, Azma & our senior Abg Napi awalnya nak join tapi tak dapat nak join atas sebab yang tak dapat nak dielakkan & aku pasti kalo deme ni di+ pulak Yusni dapt menghadirkan diri, mesti ber++ lah meriahnya suasana hari tu. Insyaallah, lepas ni kita cuba organize the bigger ones & hope that more people could join the occassion.

Korang tatap la gambar2 kat bawah ni. Macam2 gaya ada. Memang rugi sapa tak join.




Awie: Beza benor ko ye Adleen..
Adleen: Baek ko jangan luahkan ape yang ada dalam kepala ko tu Awie!!


Anak2 murid Cikgu Mail..1A3


Gamaknye Arief boleh expand macam uncle Aza ngan Uncle Zul idak dalam 21 tahun akan datang??




nampak benor aku ni kecik biler bergambor ngan demer ni..hehehe..




Demer ni gak still menten.. jeles makcik!!


Aza tgh memikir camner Din Khalil still menten je...



Pandainye aku menyorok kat bakang Adleen..hahaha..

"Saper berani ngutuk, aku fire!!"







Mudah-mudahan persahabatan yang terjalin akan kekal selamanya..Amin!



p/s: Uya, thanks atas usaha ko dapatkan discount utk kitorang ye.

Friday, October 17, 2008

Meet up kat Tony Roma's @the Gardens (MidValley) malam ni.

update : Meah call aku semalam + bagitau Syaliza dah setkan tempat untuk meet up. Setakat yang aku tau dalam 8 orang termasuk aku akan pegi malam ni. Iza booking untuk 10 orang so sesapa yang berminat nak datang tu bagitau Iza @ Meah ye. Janjinya lebih kurang pukul 7.30 malam.

InsyaAllah kalau tak de aral jumpa la kita malam kang ye.

Hasben kawan aku akan bagi 10% diskaun. Ok la dari tak de langsungkan??

Thursday, October 16, 2008

Assalamualaikum w.b.t

Kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua rakan taulan, senior-senior dan junior-junior yg mengunjungi blog ni. Di kesempatan ini, saya ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat keterlanjuran kata-kata dan perbuatan sepanjang persahabatan kita. Sekiranya terdapat salah dan silap dalam tulisan blog ini, harap dpt dimaafkan. Semoga kemeriahan Hari Raya kali ini akan merapatkan lagi perhubungan kita semua.


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Yusni, Azhar, Shahiran Zulkarnain & Amir Hamzah.


Wednesday, October 15, 2008

Gambar Raya 2008 Raziman and Family

Buat tatapan kawan2 semua, family picture Raziman memulakan entry gambar Raya 2008 kiter kali ini.

Thanks Raziman, and Selamat Hari Raya...

Wednesday, October 1, 2008

Salam Lebaran dari Connecticut

Kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin buat rakan2 Bainunians (termasuk seniors and juniors)... dan juga pengunjung blog ini.