Tuesday, December 16, 2008

Gegambar masa Alumni Bowling.

Macam yang kita dah sedia maklum Sabtu lepasnyer event bowling kat Cineleisure tu berjalan ngan lancar walaupun ada delay sket disebabkan ada 2 team yang datang lambat so team lain terpaksa tunggu derang selesai main. Tak kisah la tu. Yang pentingnya semua yang hadir hari tu happy sebab dapat jumpa kawan² lama + seniors + juniors.

Batch kita ada 2 team. Team Perodua bowlernyer Azmi, Jazril, Roswati + Ezaimy. Team Goldrain plak Yusni, Uya, Iza + Murni. Kita semua main 2 game. Team aku memang tak terfikir langsung untuk dapat tempat sebab semuanya ngaku ratu longkang tapi tak disangka kitaorang dapat no 2 berdasarkan jumlah jatuhan pin. Yeahooo!! Yusni plak merupakan best bowler untuk ladies. Hebat!! Aku tak ingat berapa markah dia. Nanti Yusni leh bagitau. Team kitaorang jugak dapat hadiah extra untuk Team Paling Sempoi. Masa bila derang usha tu tatau ler. Wihiiiii sonok dapat banyak hadiah.

Memang seronok betul dapat jumpa kawan² lamakan? Harap nanti ada lagi event camni lagi ramai batch kita yang dapat join. InsyaAllah.

Bawah ni gambar aku amik dari facebook Abg Hisyam Afandi. Hari tu Iza, Mazni + Linda pun ada snap gambar. Nanti korang up kat sini yer.

I have blast and i hope u guys yang datang pun sama. (^^)

Yus + Cikgu Ezaimy.
Murni, Abg Azam, Iza, Ezaimy + Roswati. Ni sebelum start game.
Mazni, Linda, Dianah, Cue datang bagi sokongan.
Azmi, Jazril, Roswati + Ezaimy. Team Perodua. Ezaimy last minute join. That's the spirit!!
Uya, Iza, Murni + Yusni. Team Goldrain. Longkang emas gitu. Hehehe
Team longkang emas ngan hampers + piala. Dapat no 2 wei.. Cam tak caya!!
Piala tu figure lelaki. Mencik tau. Mesti tak sangka pompan leh menang..
Yusni jadi best bowler utk ladies hari tu. Banyak woo strike dia buat..
Laily timbul ngan hasben dia lepas dah habis game tak silap aku.
3 pretty sista!!!

2 comments:

canggunmulan said...

memang happenning gile hari tu...Thanks kepada semua yg hadir memeriahkan eventu...Insyaallah lain kali kita jumpe lagi...

Kesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih sesgt lah pada husband & anak2 aku kerana memberi ruang dan masa utk aku berpoya2...hehehee...

Nor Azidah said...

Tak sesia ko berpoya2 ari tu ye yus... Anyway, tahniah atas kemenangan :)