Tuesday, February 3, 2009

Bilik Gerakan Alumni

Salam kekawan,

Lama kita tak update blog ni..semua busy...hehehe...ni aku nak share sikit info from Presiden Alumni kita....so sape2 yg bermurah hati ingin membuat sumbangan...sikit pun tak kisah..ala kadar pun ok je...kumpul2 boleh jadik byk...bolehlah contact aku atau email jelah......nanti aku uruskan bagi kat Presiden...yg lebih aku buat makan KFC..kah..kah...lawak je...tak berani aku..nanti kena tuntut kat akhirat...tak pun email je kat Presiden tu pun ok je...ni aku attachkan sekali email Presiden bagi kat aku kat bawah ni...harap sama2 lah kita dpt membantu melancarkan lagi aktiviti2 Alumni...Hidup Alumni!!!!!..hehehhee...

Adios....



Salam..

Kepada semua rakan2 dalam bainunalumni.Saya ingin mendapatkan maklum balas dan persetujuan semua untuk membaik pulih & menaiktaraf bilik gerakan bainunalumni di sekolah.Berdasarkan mesyuarat lalu saya telah bersetuju untuk menyumbangkan sebuah penghawa dingin.Justeru itu,saya telah meminta sebuah syarikat kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih dan menaiktaraf bilik tersebut.Anggaran kos adalah dalam lingkungan RM 3000 kebawah.Ini melibatkan kerja-kerja mencuci,mengecat,baikpulih pintu & tingkap,syiling,pemasangan aircond 1.5 HP & pendawaian elektrik dan beberapa kerja berkaitan.Butiran akan saya kemukakan dalam mesyuarat nanti.Saya dengan itu bersetuju untuk menyumbangkan RM 1,500 untuk kos tersebut.Saya berharap agar rakan-rakan lain dapat menyumbangkan sedikit sebanyak untuk kerja-kerja baikpulih.Memang kite pernah ada rancangan untuk dibuat secara gotong royong,tetapi memandangkan ini melibatkan pendawaian elektrik dan kerja-kerja teknikal,& juga kesesuaian masa bagi semua pihak,saya telah mencadangkan agar syarikat ini dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja tersebut memandangkan pihak sekolah sering bertanya tentang sama ada kita berminat atau tidak dengan bilik tersebut.Saya pohon kerjasama semua dan panjangkan rakan-rakan lain yang mempunyai rezeki lebih untuk sumbangan ini untuk bilik tersebut.Saya berharap bilik ini dapat disiapkan sebelum bulan Mac 2009.Terima kasih

yat yat yea,

engrazhamazmiPresiden Bainunalumni
http://juruterermalaya.blogspot.com/


No comments: