Sunday, August 31, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak Uols!!



Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah aku masih bernafas lagi untuk ramadhan tahun ni tapi belum sampai lagi so tak pasti gak masih bernafas @ tak.. heh heh.. anyway tiap kali ramadhan sampai memang aku excited. bukan excited nak makan besh @ nak raya tau tapi excited nak kumpul pahala sebanyak mungkin. (^^)

Lepas baca entry Rose, aku memang terus la teringat camner kita berpuasa kat sekolah dulu. Ye Rose, kita sahur pukul 3 pagi + sebelum ada dewan makan baru kita terpaksa relakan dak2 laki tengok muka kita yang baru bangun tidur tu. Pada yang dah buah hati time tu terpaksa la tenyeh bedak kat muka. Heh.. heh.. Bila dah ada dewan makan baru, ramai yang selamba jer free hair. Aku time tu rasa nak turun sahur pakai baju tidur jer (walaupun baju tidur rasmi aku time sekolah dulu seluar pendek rambu ramba (thanks to yano+azida) ngan tshirt rock jer.) ku tak kisah sebab tak de sapa pedulik. sayangnyer tak leh la plak. kot tak mau jadi cam slumber party time sahur tu. hik hik..

Lauk pauk time sahur memang la tak memberangsangkan nafsu makan di tambah ngan air teh panas bau kawah tu. Semua muka sedih jer time sahur. Tak tau le sedih sebab lauk @ kena bangun awal sangat. Korang pilih la sendiri jawapannyer.. Nyeh.. Nyeh..

Time berbuka plak, sebelum masuk waktu lepak2 kat luar dewan makan. Pada yang ulat buku tu memang dok ngadap buku jer la semedang. Cam aku ngan geng2 yang tak berapa nak jadi ulat ni dok lepak sembang2. Kengkadang main kekejo. Cam tak puasa jer time tu. Leh larat berlari lagi padahal puasa. Besh giler main kekejo time tu. Masa tu usia masih muda la katakan. Kot sekarang ni korang2 yang dah ada anak tu, main kekejo ngan anak ler gamaknyer sebelum berbuka nanti.

Bila nak raya plak balik kampung naik bas reramai. Korang ingat lagi tak bas mini yang kita selalu tunggu depan sekolah bila nak gi outing tu? Mesti la ingatkan? (^^) Bila nak balik sarat giler bas tu ngan dak2 sekolah kita. Orang lain tak dapat nak naik dah.

Balik dari raya plak kita buat dorm terbuka ala2 rumah terbuka gitu. Memasing la bawak kuih raya. Dorm pun hias cecantik. Beshkan time tu?

Apa pun semua tu memang akan jadi kenangan indah untuk kita semua + akan sentiasa tersimpan dalam satu bahagian storage untuk kenangan waktu sekolah di dalam otak kita sampai bibila. Storage tu akan berabuk sket bila kita dah lama tak jumpa kengkawan sekolah tapi akan kembali bersih + shining bila jumpa balik. Cam sekarang. Kenangan2 tu akan datang sendiri satu persatu + akan kita share bersama kat sini.

Selamat berpuasa korang.



Adios Mucha Chas. Assalamualaikum.

ps: aku lupa nak tanya korang. ok ker header yg aku buat tu?? tak de orang komen pun.. huhuhu..

uYa

Saturday, August 30, 2008

Anak Kecil main api...

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara

LAgu: Warisan


Nostalgia betul lagu nie. Dulu2 time sekolah lagu Warisan nie wajib kena nyanyi every saturday before morning drill... ingat tak? Sekali lagi wajib mesti nyanyi in every motivasi. Kiter semua akan nyanyi dgn penuh semangat and laju mcm keretapi... until kena tegur dgn cikgu Rashidi... ke Roshidi nama dier??? Some of us tak kenal cikgu nie coz cikgu nie masuk ganti cikgu Sabudin in year 1993. Ajar Biologi gak, before diganti oleh cikgu Teh... garang mmg tak kurang... samer garang dgn cikgu Sabudin. Cikgu Roshidi/Rashidi nampak extra garang lagi dgn misai polis tu... (misai Sazly skrg pun takleh lawan :P) Kater cikgu Roshidi/Rashidi cara kiter nyanyi langsung tak menghayati lagu warisan nie. Then dier demonstrated nyanyikan utk kiter. Mmg feel... very slow motion...syahdu je dgr. Sejak tu lagu warisan dinyanyikan ikut cara cikgu Rashidi/Roshidi. Tapi tak sure la skrg nie masih camtu lagi ke tidak.

Aper lagi lagu wajib kat sekolah selain dr lagu sekolah? Yes... Wawasan 2020. And of coz lagu negeri Perak yg selalu sgt la terikut-ikut dgn rentak lagu Negaraku yg dilajukan. Pastu kena ulang balik nyanyi sampai betul.

Hehehe... those were the days...

Zatil

Friday, August 29, 2008

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 51 dan Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum....

Alhamdulillah akhirnya kita ada blog sendiri. Tahniah buat zatil & yusni yang mempelopori dan merasmikan blog ni. Sebenarnya aku ni dah lama menjadi pemerhati senyap egroup kita dari dulu. Maklum jela aku ni keje memang busy memanjang. Bukanla sampai tak boleh bukak internet langsung tapi kalau bukak kat hospital tu sempat baca email je tapi tak pernah sempat nak reply. teringin sangat nak jadi aktif dalam group ke buat blog sendiri ke. Ish tak termampula rasanya....So akhirnya jadi silent observer je la....

Mesti korang tertanya-tanyakan apesal skg ni macam byk plak masa aku nak buat entry kat blog ni. Mula2 bila tau batch kita dah ada blog sendiri aku dah teruja. Selalu baca blog orang lain teringin gak ada blog sendiri tapi aku ni bukannya pandai sgt bab2 mcm ni lembab skit. Kalau bab2 nak bagi orang beranak ke atau nak belah org ke aku retile. tapi setakat had kemampuan aku as a medical officer biasa bolehla.... belum tahap pakar lagi... InsyaAllah kalau ada rezeki aku nak le menyambung master dalam O&G....Korang doakanla aku ye....

Sempena hari kemerdekaan yang ke 51 ni aku nak mengucapkan selamat hari Merdeka kepada semua.... semoga kita dapat memerdekakan diri dalam ertikata yang sebenar dalam membentuk jati diri sebagai insan lebih2 lagi kita juga akan meneruskan perjuangan melawan hawa nafsu selama sebulan dalam bulan Ramadhan kelak....teringat plak masa kita berpuasa dulu kat bainun time nak sahur tu jenuh jugak kan nak bangun sebab kita kena sahur awal.....kalau tak silap pukul 3 pagi kan....aku ingat lagi siap ada duty kena check semua dorm pastikan semua org turun sahur....dahla menu sahur tak menarik....kena plak berbaris sambil tidur....yang paling teruk tu kena tunggu semua org habis ambik mknn then baru boleh makan.... 5 tahun kita kena sahur macam tu kan... rasanya masa form 4 ke form 5 baru kita ada dewan makan baru.... takyah susah2 mengadap muka budak2 lelaki kat dewan makan besar tu....ishh kalau nak diingatkan balik pengalaman masa kat bainun dulu memang tak boleh dapat kat mana2 lepas tu kan...

Okaylah rasanya cukuplah sampai kat sini....thanx zatil sebab invite aku jadi authorised author sebab aku memang teringin gak nak kongsi kenangan ngan korang.... rindu ngan kawan2 semua tapi bukan senang nak jumpa macam dulu kan.... semestinya dah tak sama....So di kesempatan ini aku pun nak mohon ampun dan maaf kat korang semua sempena Ramadhan yang mulia ni.....semoga kita hubungan kita semakin erat setelah lahirnya blog kita ni...Rasanya tak salah kan kalau kita kongsi pengalaman dan pengetahuan yang kita ada sebab aku pasti setiap dari kita ni mesti ada pengalaman hidup yang berbeza setelah keluar dari Bainun 14 tahun yang lalu....tempoh yang agak panjang kan....sorrylah kalau bahasa dalam entry ni tonggang langgang....dah lama tak mengarang....tapi aku happy sebab ini merupakan entry aku yang pertama dalam arena blogger ni......okaylah kan buat first timer.....

Sekian....Wassalam...

Rose Faiza Hanim

Wednesday, August 27, 2008

Semangat emak + cikgu yang patut kita contohi.

Korang klik kat image tu untuk baca dengan lebih jelas. Sediakan tisu yer kengkawan. Ni kisah benar tau. Bukan rekaan @ khayalan.





ps: nangis aku kat depan pc baca kartun² ni.. sob..sob..

uYa

Akhirnya, kini pasti!!

Salam buat semua!!


First of all, thanks to Zatil & Yusni (dier yang merasmikan blog kita..memang pantas dia ni, sepantas dia berlari di trek dulu-dulu but now aku tak pasti la kan...hahaha) sebab dah merealisasikan apa yang kita impikan selama ni.. Ye la, bak kata si Yusni asyik menenggek kat blog orang je! Tak lupa, jutaan terima kasih buat our senior yang bagi inspirasi especially Abg Miezan & Abg Napi ( mamat ni mesti bangga nama dier muncul kat sini..hehehehe) untuk menghidupkan blog kita sendiri (maybe dah serabut tengok kita asyik menenggek & menyibuk kat their blog kot Yus, Zatil..hehehe..)


Dah lama bebenor rasanya aku dah tak mengarang ni. Almaklumlah dulu memang banyak masa yang terluang untuk aku melayan perasaan tapi sekarang aku dah tak berperasaan rasanya sebab dah terlalu 'busy' dengan bermacam-macam tanggungjawab sama ada yang rasmi mahupun tidak rasmi sampaikan kadang-kadang dah tak ada masa untuk diri aku sendiri..isk..isk kesian kat aku.. Sorry ter'layan' jap..hehehe.. Tapi demi persahabatan kita semua, insyaallah akan kucuba carikan waktu dan aku harap lepas ni hubungan ni akan kembali mekar macam dulu-dulu & akan berkekalan hingga ke hujung nyawa hendaknya, Amin!


Masih segar dalam ingatan, first time kita melangkahkan kaki ke Bainun, masing-masing diselubungi dengan 1001 macam perasaan..gembira, bangga, sedih & entah apa-apa lagi gamaknya yang aku sendiri pun tak berapa pasti, tapi yang nyata aku bersyukur sebab telah ditemukan & diberi peluang untuk mengenali korang semua.. Trust me, knowing you all are one of the sweetest memory that I ever had walaupun pun aku tak bersama korang sampai form 5. Thank you my dear friends...


Sepanjang minggu orientasi macam-macam benda yang kita lakukan untuk lebih mengenali sesama kita termasuk dengan seniors... Seingat aku, aku selalu tak sebulu dengan Yani.. ya, Noor Azhayani Zariza bt Abdul Aziz Zariza (correct me kalo tersalah ejaan)! Ada saja yang kami bahaskan... ye la, time tu masing-masing nak test kepala siapa lagi keras...hahahaha! Kesian aku tengok Kak Azlin & Kak Juliana who were our group mentor yang selalu kena leraikan kami... Tapi lepas tu kami lebih memahami antara satu sama lain... Sorry Yani atas apa yang berlaku! Ida Seriwati & Raja Fariz...dapat anugerah Tunas Harapan Terbaik at the end of the Orientation Week!! Memang glamour kawan kita yang dua ornag ni time tu kan?


At the end of the orientation week, kita semua dibawa pulak lawat Ipoh.. Next time insyaallah akan aku uploadkan gambar-gambar yang still ada dalam simpanan aku untuk tatapan korang semua ya.. Actually banyak yang aku tak dapat nak selamat time banjir kat tempat mak aku dulu...sedih..isk..isk..
Batch kita ni memang best... Yang paling aku ingat, Uya, Yusni, Azfa, Azma, Dura, Yannoor, Heizel (tak bermaksud aku lupa yang lain kay..) They all ni jenis yang mesra alam!! Susah rasanya aku nak mengingati wajah kalian time marah, sebab seingat aku korang ni memang susah nak marah kan? Thanks for the sweet faces yang korang tinggalkan kat kotak ingatan aku!! NIzam, satu yang aku tak akan lupa pasal ngko, alwiz gentel rambut... & of course your sweet face & your dimple.. Aku masih ingat, our classmate (girls) selalu nyanyikan lagu SMILE.. special dedicated for you!! Banyak betul benda yang still fresh dalam memori aku ni.. Alhamdulillah dikurniakanNya memori yang kuat...maybe sebab aku tak makan kepala ikan kot..hehehehe.. next time sambung la...
Aku rasa cukup dulu for this time.. Next time, insyaallah akan kucuba panjangkan penulisan aku.. For the start ok la kan.. Bukan apa, aku dah sebak ni.. Terlalu banyak kenangan bersama korang yang tak mungkin aku lupakan. Pahit, manis, masam, kelat..memang banyak!! Miss You All So Much!!!
Aku nak ambil kesempatan ni untuk mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki andai kata ada kesalahan & kesilapan walau sebesar hama sekalipun yang pernah aku buat pada korang termasuklah jika ada terkasar bahasa, terketuk, tertampar & tak lupa jugak kalo terumpat.. Aku harap dapatlah kiranya korang memaafkan aku yang kerdil ni (walaupun hakikatnya aku ni besar orangnya...hahahaha)! Korang tak payah nak mintak maaf pada aku sebab rasanya koriang memang tak ada dosa dengan aku, kalo ada sekalipun, aku maafkan korang dunia & akhirat!!
Wassalam...
Ikhlas,
Anak pompuan Hj Ahamad B Hj Ibrahim





Tuesday, August 26, 2008

Alhamdulillah..Akhirnya.....

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga kita mengadakan blog sendiri..Yelah selalu asyik menenggek je kat blog batch lain untuk berkomunikasi. Dengan adanya blog ni boleh lah kita manfaatkannya supaya tak terlerai tali persahabatan kita yg memang terjalin sejak dulu. Yang jauh kita dekatkan, yg hilang kita temukan, yg sedia ada kita mesrakan. Thumb up and Thanks to Zatil coz create this blog for us.

Besar sungguh harapan ini kalau dapat kita semua bertemu, bersua dan mengimbau semula pahit manis yg pernah kita lalui bersama. Jutaan terima kasih aku ucapkan kerana menjadi sebahagian daripada hidup aku satu ketika dulu. Membesar bersama-sama, menjalani kehidupan berkeluarga, mengajar aku erti kehidupan, persahabatan dan melalui hari-hari bersama korang semua adalah antara kenangan yg paling indah dan berharga buat diri ini. Segala kenangan pahit manis itu akan sentiasa tersemat di dalam sanubari dan akan aku bawa sampai ke akhir nyawa.

Antara kenangan yg tak dapat aku lupakan belajar cari duit lebih..hehehe Thanks to all my business partner aku dulu..yang paling aku ingat Uya, Laily & Mazni sbb satu floor dgn aku. Jual keropok, gula-gula, chew-gum (sampai kena banned lah lepas tu sbb org buang merata-rata) and paling laku sekali lah tapi untung tak byk iaitu maggi. Nasib baik lah aku ni pompuan, kalau laki mesti aku dah jual rokok sekali..hahaha..Dengan duit hasil jualan tulah aku dapat beli seluar jeans yg pertama dlm sejarah tanpa bantuan mak bapak aku..bangga sgt siot masa tu…yelah masa tu aku beli harga dalam RM90..mahal tu..kononnye lah…biasalah aku budak miskin..parent aku bagi RM30 je sebulan..huhuhu..tapi semenjak berjinak2 dgn business bolelah aku merasa beli kasut pallaz, habih glamour lah masa tu, makan mee rebus kantin mangkuk besar dgn air gas warna-warni…hahaha…

Bulan puasa akan menjelma tak lama lagi, kalau dulu masa ni lah kita semua sibuk dah keluar beli stok2 maggi utk bekalan hari2 tertentu. Masa tu masak maggi dgn air watercooler pun jadik..asalkan bole makan..yelah nak minta air panas dari dewan makan segan so gunakan jelah source yg ada. Bulan puasa lah selalu menu lain dari lain. Pelbagai bubur lah, bubur jagung, bubur lambuk dihidangkan cume takde bubur durian je..eh ade tak?..takde rasenye..kuih toksah cakap lah…aku biasalah mesti lah dapat special..sebab tu bestfriend aku Azfa..hahaha..nasib baik lah Abg Lan dulu selalu reserve kan aku makanan kalau aku lambat…hehehe..apa-apa hal aku mesti dapat lebih lah…sebab tu lah sampai sekarang badan aku pun terlebih besar jugak.

So di kesempatan ini sebelum masuknya bulan mulia Bulan Ramadhan, aku merendahkan diri dan memohon kemaafan dan penyesalan sekiranya diri ini bersalah kepada rakan-rakan yg pernah aku terlanjur menyakiti atau terguris dengan tindakan aku dulu. Ampunkanlah diriku. ..huhuhu. Aku berharap dapatlah korang semua maafkan aku. Akhir sekali, semoga dengan adanye blog kita ini, dapat lah kita menjalinkan semula talian persahabatan kita dan menguatkan ikatan kasih sayang antara kita semua. Amin.

Sekian.

Uni - Yusni Ibrahim