Tuesday, August 26, 2008

Alhamdulillah..Akhirnya.....

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga kita mengadakan blog sendiri..Yelah selalu asyik menenggek je kat blog batch lain untuk berkomunikasi. Dengan adanya blog ni boleh lah kita manfaatkannya supaya tak terlerai tali persahabatan kita yg memang terjalin sejak dulu. Yang jauh kita dekatkan, yg hilang kita temukan, yg sedia ada kita mesrakan. Thumb up and Thanks to Zatil coz create this blog for us.

Besar sungguh harapan ini kalau dapat kita semua bertemu, bersua dan mengimbau semula pahit manis yg pernah kita lalui bersama. Jutaan terima kasih aku ucapkan kerana menjadi sebahagian daripada hidup aku satu ketika dulu. Membesar bersama-sama, menjalani kehidupan berkeluarga, mengajar aku erti kehidupan, persahabatan dan melalui hari-hari bersama korang semua adalah antara kenangan yg paling indah dan berharga buat diri ini. Segala kenangan pahit manis itu akan sentiasa tersemat di dalam sanubari dan akan aku bawa sampai ke akhir nyawa.

Antara kenangan yg tak dapat aku lupakan belajar cari duit lebih..hehehe Thanks to all my business partner aku dulu..yang paling aku ingat Uya, Laily & Mazni sbb satu floor dgn aku. Jual keropok, gula-gula, chew-gum (sampai kena banned lah lepas tu sbb org buang merata-rata) and paling laku sekali lah tapi untung tak byk iaitu maggi. Nasib baik lah aku ni pompuan, kalau laki mesti aku dah jual rokok sekali..hahaha..Dengan duit hasil jualan tulah aku dapat beli seluar jeans yg pertama dlm sejarah tanpa bantuan mak bapak aku..bangga sgt siot masa tu…yelah masa tu aku beli harga dalam RM90..mahal tu..kononnye lah…biasalah aku budak miskin..parent aku bagi RM30 je sebulan..huhuhu..tapi semenjak berjinak2 dgn business bolelah aku merasa beli kasut pallaz, habih glamour lah masa tu, makan mee rebus kantin mangkuk besar dgn air gas warna-warni…hahaha…

Bulan puasa akan menjelma tak lama lagi, kalau dulu masa ni lah kita semua sibuk dah keluar beli stok2 maggi utk bekalan hari2 tertentu. Masa tu masak maggi dgn air watercooler pun jadik..asalkan bole makan..yelah nak minta air panas dari dewan makan segan so gunakan jelah source yg ada. Bulan puasa lah selalu menu lain dari lain. Pelbagai bubur lah, bubur jagung, bubur lambuk dihidangkan cume takde bubur durian je..eh ade tak?..takde rasenye..kuih toksah cakap lah…aku biasalah mesti lah dapat special..sebab tu bestfriend aku Azfa..hahaha..nasib baik lah Abg Lan dulu selalu reserve kan aku makanan kalau aku lambat…hehehe..apa-apa hal aku mesti dapat lebih lah…sebab tu lah sampai sekarang badan aku pun terlebih besar jugak.

So di kesempatan ini sebelum masuknya bulan mulia Bulan Ramadhan, aku merendahkan diri dan memohon kemaafan dan penyesalan sekiranya diri ini bersalah kepada rakan-rakan yg pernah aku terlanjur menyakiti atau terguris dengan tindakan aku dulu. Ampunkanlah diriku. ..huhuhu. Aku berharap dapatlah korang semua maafkan aku. Akhir sekali, semoga dengan adanye blog kita ini, dapat lah kita menjalinkan semula talian persahabatan kita dan menguatkan ikatan kasih sayang antara kita semua. Amin.

Sekian.

Uni - Yusni Ibrahim

No comments: