Friday, August 29, 2008

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 51 dan Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum....

Alhamdulillah akhirnya kita ada blog sendiri. Tahniah buat zatil & yusni yang mempelopori dan merasmikan blog ni. Sebenarnya aku ni dah lama menjadi pemerhati senyap egroup kita dari dulu. Maklum jela aku ni keje memang busy memanjang. Bukanla sampai tak boleh bukak internet langsung tapi kalau bukak kat hospital tu sempat baca email je tapi tak pernah sempat nak reply. teringin sangat nak jadi aktif dalam group ke buat blog sendiri ke. Ish tak termampula rasanya....So akhirnya jadi silent observer je la....

Mesti korang tertanya-tanyakan apesal skg ni macam byk plak masa aku nak buat entry kat blog ni. Mula2 bila tau batch kita dah ada blog sendiri aku dah teruja. Selalu baca blog orang lain teringin gak ada blog sendiri tapi aku ni bukannya pandai sgt bab2 mcm ni lembab skit. Kalau bab2 nak bagi orang beranak ke atau nak belah org ke aku retile. tapi setakat had kemampuan aku as a medical officer biasa bolehla.... belum tahap pakar lagi... InsyaAllah kalau ada rezeki aku nak le menyambung master dalam O&G....Korang doakanla aku ye....

Sempena hari kemerdekaan yang ke 51 ni aku nak mengucapkan selamat hari Merdeka kepada semua.... semoga kita dapat memerdekakan diri dalam ertikata yang sebenar dalam membentuk jati diri sebagai insan lebih2 lagi kita juga akan meneruskan perjuangan melawan hawa nafsu selama sebulan dalam bulan Ramadhan kelak....teringat plak masa kita berpuasa dulu kat bainun time nak sahur tu jenuh jugak kan nak bangun sebab kita kena sahur awal.....kalau tak silap pukul 3 pagi kan....aku ingat lagi siap ada duty kena check semua dorm pastikan semua org turun sahur....dahla menu sahur tak menarik....kena plak berbaris sambil tidur....yang paling teruk tu kena tunggu semua org habis ambik mknn then baru boleh makan.... 5 tahun kita kena sahur macam tu kan... rasanya masa form 4 ke form 5 baru kita ada dewan makan baru.... takyah susah2 mengadap muka budak2 lelaki kat dewan makan besar tu....ishh kalau nak diingatkan balik pengalaman masa kat bainun dulu memang tak boleh dapat kat mana2 lepas tu kan...

Okaylah rasanya cukuplah sampai kat sini....thanx zatil sebab invite aku jadi authorised author sebab aku memang teringin gak nak kongsi kenangan ngan korang.... rindu ngan kawan2 semua tapi bukan senang nak jumpa macam dulu kan.... semestinya dah tak sama....So di kesempatan ini aku pun nak mohon ampun dan maaf kat korang semua sempena Ramadhan yang mulia ni.....semoga kita hubungan kita semakin erat setelah lahirnya blog kita ni...Rasanya tak salah kan kalau kita kongsi pengalaman dan pengetahuan yang kita ada sebab aku pasti setiap dari kita ni mesti ada pengalaman hidup yang berbeza setelah keluar dari Bainun 14 tahun yang lalu....tempoh yang agak panjang kan....sorrylah kalau bahasa dalam entry ni tonggang langgang....dah lama tak mengarang....tapi aku happy sebab ini merupakan entry aku yang pertama dalam arena blogger ni......okaylah kan buat first timer.....

Sekian....Wassalam...

Rose Faiza Hanim

No comments: